
Sulit
5 tahun
Jerawat dan Consume Beamoxy
saya seorang lelaki berumur 29 tahun. Menghadapi masalah jerawat yang on-off. Dahulunya kronik & saya pernah undergo treatment. Bermacam ubat dah cuba but failed.
Until one day saya diberi beamoxy 500mg & consume dalam 3 bulan sekali (3 kali sehari for 1 week). Sejak dari situ masalah jerawat semakin berkurang. Cuma kalau saya stop consume, jerawat naik kembali tapi tak seperti dulu. Minor break only.
Bolehkah saya consume kembali ubat itu (Jika Perlu) sebab kadang2 minor break datang tiba-tiba. Dan bagaimana nak mendapatkan prescription?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah jerawat yang anda alami ini mempunyai pelbagai kaedah rawatan. Penggunaan ubat Beamoxy iaitu sejenis antibiotik adalah salah satu kaedah untuk merawat “break-out” jerawat. Namun ubat ini memerlukan preskripsi terlebih dahulu. Antara penjagaan kulit yang anda boleh lakukan untuk masalah jerawat ini adalah:
- Cuci muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Pilih pencuci muka atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah ke muka
- Kurangkan stress
Sekiranya anda memerlukan ubat ini kembali, konsultasi lanjut diperlukan kerana preskripsi diperlukan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.