
Anonymous
5 tahun
Jerawat diseluruh wajah
Hello, salam sejahtera. Sy berumur 33thn dan pernah mengambil ubat utk muka kira2 10tahun yg lalu.sebab tahap jerawat mmg dasyat… 1muka penuh. Nama ubat roaccutane. Lepas tamat 6bulan saya da xsambung sebab sy aware ubat tu x bole dimakan org yg plan nk mengandung…during pregnancy dan lepas deliver muka saya naik jerawat semula. Tpi tak teruk sgt. After 6yrs, during my 2nd pregnancy, muka da makin teruk… Sampai la anak saya da 4bulan…the breakouts just wont stop.
I’d like to know if theres any medicine i can consume during lactating.
Since roaccutane works tremendously well on my skin, but am very aware of its side effects. Could there be any other solutions?
Previously i applied proactive solutions… But jm abit worried since the ingredients contains paraben. Whts your advise doc?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah jerawat adalah antara permasalahan biasa yang dialami oleh golongan muda. Antara faktor-faktor kepada berlakunya jerawat adalah:
- Perubahan hormon ketika baligh atau mengandung
- Pemakanan seperti makanan bergula tinggi
- Kebersihan muka yang selalu kotor dengan debu dan sebagainya
- Ubat-ubatan seperti ubat steroid dan pil perancang
- Penyakit kronik seperti Penyakit Cushing, Sindrom Polisistik Ovari
Anda boleh klik di link ini jerawat untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya serta cara rawatan dan pencegahan.