
Anonymous
4 tahun
Jerawat pada payudara
Saya wanita berumur 21 tahun. Pada sebelah payudara saya ada satu jerawat seakan jerawat batu dan berukuran diameter kurang dari 1cm, tetapi jerawat ini agak makan masa untuk surut dan setakat ni sudah sebulan lebih jerawat ini masih ada. Adakah itu normal? Perlukah saya risau jika ini membawa kepada kanser ataupun penyakit lain? Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, mungkin anda mengalami benjolan di payudara .Untuk makluman pihak anda, masalah benjolan pada payudara boleh disebabkan oleh beberapa kondisi seperti :
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Tidak semua benjolan payudara disebabkan oleh kanser payudara, namun anda perlu berjaga-jaga apabila benjolan payudara disertai gejala berikut:
- kulit di atas tukar warna/pudar/bertukar rupa
- benjolan keras/bergetah
- tidak/kurang sakit
- Keluar cecair dari puting payudara
- hilang berat badan/selera makan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.