
kayleeeyot88
6 tahun
Jerawat Tumbuh Dibahagian Dagu
Saya wanita Berumur 28tahun,Sebelum ini Saya Makan Ubat Perancang (Orclon)sepanjang Saya Makan Ubat ini dalam 3 tahun tidak ada Masalah.Tetapi selepas Saya,Diberikan Ubat Perancang (Rejividen)Dalam 1 Bulan,Ok Saja,Selepas Tue,berat Badan naik,Jerawat Makin banyak keluar…Adakah Penyebab dari Ubat Perancng Atau Skincare…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, kedua-dua pil perancang Oraclon dan Regevidon adalah pil perancang gabungan (combined oral contraceptive pill) Pil kombinasi sebegini mengandungi hormon bentuk sintetik (buatan manusia) estrogen dan progestin. Kebanyakan pil dalam setiap kitaran adalah aktif, yang bermaksud ia mengandungi hormon.
Antara kesan sampingan pil perancang yang lebih biasa ditemui adalah seperti
- Libido seks menurun
- Rasa loya
- Pendarahan haid antara kitaran
- Kesakitan payudara
- Perubahan mood atau emosi
Pil perancang tidak meningkatkan pertumbuhan jerawat dan penambahan berat badan. Untuk mengetahui pil perancang yang paling bersesuaian untuk anda, maklumat yang selanjutnya mengenai status kesihatan anda adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.untuk mendapatkan konsultasi yang selanjutnya.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.