Sulit
2 tahun
Jika berhenti rawatan psikiatri
Apa akan terjadi jika seorang pesakit psikiatri luar berhenti bagi meneruskan rawatan di klinik psikiatri dalam masa agak lama? Adakah keadaan akan lebih teruk?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, bergantung kepada keterukan anda, tempoh pemulihan akan berbeza bagi setiap individu. Namun disebabkan saya tidak mempunyai latar belakang lengkap tentang status kesihatan anda, sukar bagi saya untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini. Saya sarankan anda untuk meneruskan rawatan di klinik untuk mendapatkan rawatan yang sempurna dan untuk mengelakkan komplikasi yang tidak diingini jika tidak mendapatkan rawatan.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.