
hafizalbukhary
5 tahun
Jika ingin pulang ke Malaysia dari Batam,di mana perlu saya kuarantinkan diri?
sekiranya saya akan kembali ke Malaysia esok dari Batam,perlukah dan di manakah saya dikuarantinkan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai wabak COVID19 yang berleluasa ini. Untuk makluman anda, anda harus kuarantin diri di rumah selama 14 hari. Asingkan diri anda daripada ahli keluarga yang lain termasuk tandas tidak boleh berkongsi. Pantau gejala COVID-19 sepanjang tempoh seperti:
- demam 37.5 ke atas
- sakit tekak
- batuk
- kesukaran bernafas
- sakit kepala
- sakit badan
Anda juga boleh bercakap dengan doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini