zuraida0814
6 tahun
Kadar degupan jantung dalam masa seminit
Saya mempunyai ibu yg umurnya 48 tahun , dia mempunyai kadar denyupan jantung sebanyak 103 dalam masa seminit, adakah itu normal? Kadar denyupan terdebut diambil sewaktu dia sedang berehat …
4 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kadar pulse normal adalah 60 hingga 100 beats per minute. Secara amnya, pulse yang lebih dari 100 bermakna anda sedang mengalami “tachycardia”. Antara faktor jantung laju dan berdebar adalah:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah Anemia (kurang darah)
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
Anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor jika keadaan ini berterusan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian atau doktor terdekat anda. Klik pada link di bawah untuk bercakap dengan kami. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!





























