Promosi eFarmasi Terkini Konsultasi bersama Pakar
Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kadar haid yang sikit setiap kali kitaran haid

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: November 18, 2021 11:48 AM
Sulit 2 bulan

sebelum ni, saya pernah mengambil suntikan perancangan.Namun, sudah berhenti sejak 8 bulan lepas.Selepas itu, saya mula datang haid setiap bulan, namun kadar haid saya keluar hanya 2 hari sahaja setiap kali kitaran haid.Adakah normal memandangkan saya rancang untukmengandung lagi?

Dr Sashini Seeni 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah haid yang sedikit selepas berhenti mengambil suntikan perancang kehamilan. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda sebaik mungkin.

Untuk makluman anda, jumlah darah haid normal adalah antara 10-35 ml darah sepanjang kitaran haid.Untuk memastikan sama ada anda mempunyai sebarang masalah kesihatan berdasarkan darah haid yang sedikit adalah sukar kerana maklumat lanjut adalah diperlukan. Namun, secara umumnya, keadaan ini boleh berlaku kerana:

  • Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
  • Gangguan stress
  • Senaman yang berlebihan
  • Berat badan yang tidak seimbang
  • Pengaruh perancang kehamilan

Gejala ini juga boleh berlaku akibat masalah yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:

  • Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
  • Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
  • Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
  • Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
  • Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
  • Kanser ovari atau rahim

Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui diagnosis yang tepat agar rawatan yang bersesuaian dapat diberi.

Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

max-ilienerwise-YvWJOXHNJ94-unsplash%20(1)

Dikemaskini pada: Thu Nov 18 2021 11:48:08 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang haid tidak teratur secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Vaksin COVID-19

Soalan Teratas



Kategori


Alahan (34) Anemia (56) Asid Refluks (36) Asthma (18) Badan Gemuk (32) Batuk (309) Benjolan Di Kulit (409) Bisul (76) Buasir (248) Cara Berhenti Merokok (46) Chlamydia (12) Cirit Birit (91) Darah Nifas (18) Darah Tinggi (174) Dehidrasi (2) Demam (657) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (57) Derma Darah (22) Ejakulasi Pramatang (199) Ekzema (15) ENT (1152) Fibroid (30) Gallstone (3) Gastrik (67) Gigi & Gusi (565) Gonorea (67) Haid Berlebihan (191) Haid Berpanjangan (912) Haid Lewat (2098) Haid Sakit (242) Haid Tidak Teratur (2560) Hematologi (18) Hepatitis A (3) Hepatitis B (55) Hepatitis C (12) Herpes (91) Hipoglisemia (1) Hipotensi (22) HIV (398) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (4) HPV (43) Insomnia (103) Jangkitan Coronavirus (3442) Jerawat (197) Kahak (116) Kandidiasis (7) Kebas (296) Keguguran (169) Kehamilan (2345) Kencing Manis (239) Keputihan (799) Keputusan Siasatan (100) Keracunan Makanan (16) Kesihatan Am (4885) Kesihatan Am Wanita (820) Kesihatan Kanak-Kanak (1160) Kesihatan Kulit (76) Kesihatan Lelaki (204) Kesihatan Rambut (128) Kesihatan Seksual (2621) Ketinggian (21) Ketuat (66) Kolesterol Tinggi (69) Kulat di Faraj (141) Kurang Berat Badan (97) Kurang Selera Makan (61) Kurap (47) Kutu (7) Lebam (6) Makanan Tambahan (103) Masalah Buah Pinggang (67) Masalah Kencing (1077) Masalah kesuburan (18) Masalah Peluh (78) Masalah Penglihatan (24) Masalah Psikiatri (953) Masalah saraf (18) Masalah Tangan Dan Kaki (596) Masalah Tidur (127) Mati Pucuk (371) Migrain (57) Mual & Muntah (174) Mulut Berbau (18) Najis Abnormal (315) Najis Berdarah (181) Pedih Ulu Hati (98) Pelindung muka (4) Pencegahan Koronavirus (62) Pendarahan Coklat (186) Pendarahan Spotting (244) Penerangan Penyakit (178) Pening Kepala (192) Penuaan (6) Penyakit Jantung (257) Penyakit Kelamin (1176) Penyakit Kulit (1854) Perancangan Keluarga (1242) Pil Perancang Kecemasan (605) Pitam (91) Prosedur Perubatan (226) Psoriasis (18) Sakit Badan (680) Sakit Belakang (201) Sakit Dada (1173) Sakit Kepala (1459) Sakit Lutut (199) Sakit Mata (388) Sakit Mulut (102) Sakit Otot (63) Sakit Payudara (473) Sakit Perut (1787) Sakit Pinggang (251) Sakit Sendi (6) Sakit Tekak (666) Sakit Telinga (104) Sakit Tulang (146) Sakit Tumit (79) Selsema (57) Selsema burung (5) Sembelit (129) Sendawa (53) Sesak Nafas (901) Sifilis (114) Sinusitis (38) Strok (47) Tidak Datang Haid (214) Tidur Berdengkur (10) Tiroid (199) Tonsil (96) Trauma (14) Ubat-Ubatan (699) Ujian Kehamilan (664) Ulser mulut (32) URTI (107) Vaksin COVID-19 (719) Vitamin dan Nutrisi (112) Wabak bubonic (4)