
Sulit
3 tahun
Kahak dan air liur berlebihan serta rasa macam hidung tersumbat
Saya lelaki berumur 34,
1.saya secara tiba2 mengalami rasa mcm hidung tersumbat dan kadang2 sukar bernafas dan ia berlaku selepas saya selesema 2 bulan yg lalu.bahagian dalan hidung rasa mcm terlalu kering.
2…bahagian tekak rasa kurang selesa dan saya perasan yg kahak dan air liur berlebihan tapi tidak mengalami batuk dan demam.
3.kadang2 dada rasa kurang selesa secara tiba2.
4.saya sudah berhenti merokok beberapa tahun yang lalu dan sekarang saya vape(tapi x heavy)
5.nadi saya pun kadang2 tinggi 100 ke 110.
Terima kasih in advance doctor.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda, saya memahami bahawa anda berasa bimbang mengenai masalah hidung tersumbat dan selsema. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Sinusitis
- Rhinitis
- Polyp hidung
- Ketumbuhan
- Septum deviation
Untuk masalah tekak tidak selesa kerana kahak dan air liur yang berlebihan, ia boleh merupakan gejala sampingan daripada seba-sebab yang telah dinyatakan di atas.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.