
znacd6552
5 tahun
Kahak dan hidung berdarah
Lately sy mempunyai kahak yg minimal tetapi tidak mengalami selesema dan batuk yang teruk. hanya sekadar batuk dan selesama biasa
kahak akn dibuang pd setiap pagi ketika berus gigi…
pg ini bila sy bangun pagi sy dapati hidung sy terasa seperti ada lendir kering di keliling lubang hidung dan sy dapati itu adalah darah yg sudah kering dan bila sy berus gigi dan ingin buang kahak sy dapati kahak sy mempunyai darah.
adakan itu normal?
*sy mempunyai sejarah operation sinus pd 7 thn lepas dan sejarah TB

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kebanyakkan punca hidung berdarah adalah tidak diketahui (80%). Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat beberapa punca hidung berdarah seperti:
- Cuaca panas/sejuk
- Kecedaraan hidung
- Masalah pembekuan darah
- Pengambilan ubat seperti aspirin
- Resdung (“Sinusitis”)
Antara langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk mencegah masalah ini berlanjutan adalah:
- Tidak mengorek hidung ketika berlakunya pendarahan dan selepasnya
- Elakkan pendedahan matahari yang lama
- Elakkan mengangkat benda berat mahupun menunduk dengan lama
- Elakkan makanan sejuk dan panas ketika dan selepas pendarahan
- Gantikan ubat seperti aspirin/ibuprofen dengan paracetamol
Sekiranya masalah ini berlanjutan ataupun semakin teruk, anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.