
zulhelmie
5 tahun
Kahak yg banyak waktu tidur
Sy sorg lelaki berumur 28thn dan baru lepas buat oprate buang tonsil dlm 6hari lalu,tetapi bila tidur waktu malam sy akan berasa kahak yg bnyk di tekak dan hmpir sukar bernafas,apakah perkara ni normal atau terdapat jgkitan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, luka operasi tonsil mengambil masa sekurang-kurangnya 2 minggu untuk sembuh. Dalam pada fasa penyembuhan tersebut, anda akan terdedah kepada pelbagai risiko pasca operasi seperti jangkitan, bengkak, perdarahan dan sakit. Pada fasa ini juga, mukosa (dinding tekak) akan membentuk parut bagi menutup lokasi luka pemotongan tersebut, justeru mungkin itu yang menyebabkan anda berasa seperti banyak kahak dan sesak. Sebagai tips untuk mengurangkan gejala yang dihadapi adalah:
- Mendapatkan ubat cair kahak daripada doktor
- Mengambil makanan lembut
- Pastikan minum air dengan cukup agar tidak terjadi dehidrasi
- Tidur dalam posisi kepala yang sedikit tinggi
- Memilih makanan dingin seperti aiskrim, elakkan yang panas mendidih
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.