Sulit
5 tahun
Kakak ada kontak rapat dengan pesakit covid
A few days ago saya ada buat swab test dia hospital swasta demi langkah berjaga2. Result adalah negative. Soalan saya sekarang ialah perlukah saya membuat swab test kali ke 2 dia swasta ? Ataupun tidak ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berkenaan dengan wabak COVID-19 yang melanda dunia, kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi berdasarkan maklumat terhad yang anda berikan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor
Untuk makluman anda, sekiranya anda menjalani kuarantin di rumah, anda perlu meneruskan kuarantin sehingga habis tempoh 14 hari. Anda akan diuji buat kali kedua pada hari ke-13 dan akan dibebaskan pada hari ke-14 jika keputusannya negatif. Manakala, sekiranya anda diwadkan, anda perlu disahkan negatif sebanyak dua kali berturut-turut sebelum dibenarkan keluar dari hospital.
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda terus mengawasi gejala anda, serta melakukan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Untuk makluman anda, kami turut menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link (Screening COVID). Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. ( DoctorOnCall ). Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































