Sulit
3 tahun
Kaki bengkak selepas bersalin ceaser
Assalamualaikum doc, saya nak tanya, normal ke kaki jadi bengkak dari betis ke jari kaki? Sy baru lepas bersalin ceaser. Hari ini hari ke 5 bersalin.
Ubat cair darah sy cucuk sehari sekali. Masih ada baki 6 hari lg utk cucuk ubat cair darah.
3 tahun
Selamat sejahtera.
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah kaki bengkak selepas berlakunya pembedahan boleh disebabkan oleh:
- Kesan sampingan daripada prosedur yang dijalani
- Masalah kegagalan jantung
- Deep vein thrombosis
- Saluran limfa yang tersumbat
Ia juga boleh disebabkan masalah lain yang tidak berkaitan dengan pembedahan iaitu:
- Kegagalan buah pinggang
- Keradangan hati
- Kegagalan jantung
- Reaksi alahan
- Sengatan serangga
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.