
Sulit
5 tahun
Kaki kanan bisa dan sakit.. Seperti terasa berat
Assalamualaikum doctors Salam sejahtera, sy mengalami sakit teramat sgt Di kaki kanan… Lebih2 lagi Di tulang kaki, betis Dan atas kaki. Bisa kalau sakit. Knp tu doctor. Umur sy 36thn.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Secara umum, sakit di bahagian tulang kaki dan betis boleh timbul akibat beberapa penyakit seperti:
- Saraf tersepit atau tertekan sehingga menimbulkan rasa sakit
- Lower limb ischaemia ataupun deep vein thrombosis (DVT) iaitu suatu keadaan apabila terdapat sumbatan di saluran darah sehingga menyebabkan rasa sakit di daerah yang tersumbat
- Varicose veins iaitu apabila saluran darah melebar dan membengkak sehingga menyebabkan peredaran darah setempat terganggu dan menimbulkan rasa sakit
- Superficial thrombophlebitis adalah keradangan yang timbul dibawah kulit apabila terdapat darah beku
- Cellulitis merupakan jangkitan kulit
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.