Sulit
3 tahun
Kaki kebas menyucuk mungkin disebabkan kencing manis iaitu saraf, tumit dan tapak kaki sehingga rasa panas yang mengganggu tidur malam dan aktiviti seharian serta tempat saya bekerja
Saya wanita berumur 30 tahun. Saya pernah check gula dan bcaan agak tinggi.
Sekaramg ini saya kerap mengalami kebas kaki yang menyucuk sehingga menggangu tidur dan aktiviti seharian. Tapak kaki juga sering sakit jika pijak lantai lama. Boleh suggest ubat untuk saya ambil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah kebas kaki yang anda hadapi boleh berpunca oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Duduk yang lama boleh menyebabkan saraf terperangkap dan aliran darah kurang ke kaki, sekaligus menyebabkan kebas.
- Peripheral Artery Disease : terdapat plak yang tersumbat di dalam saluran darah di kaki menyebabkan saluran darah tidak lancar
- Diabetic Neuropathy : kerosakan saraf disebabkan oleh penyakit kencing manis
- Masalah saraf tulang belakang
Untuk mengetahui rawatan yang sesuai dengan anda, puncanya harusah diketahui terlebih dahulu sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Rawatan kepada penyakit yang mendasari adalah menjadi keutamaan bagi mengatasi gejala ini. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih