Sulit
5 tahun
Kaki kiri kanan bengkak bahagian betis
Saya berumur 22 tahun…saya nk bertanya adakah kaki kiri kanan bengkak di bahagian betis disebabkn penyakit gout tetapi tidak merasa sakit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Secara umum, bengkak di kaki boleh timbul akibat beberapa penyakit seperti:
- Lower limb ischaemia ataupun deep vein thrombosis (DVT) iaitu suatu keadaan apabila terdapat sumbatan di saluran darah sehingga menyebabkan rasa sakit di daerah yang tersumbat
- Varicose veins iaitu apabila saluran darah melebar dan membengkak sehingga menyebabkan peredaran darah setempat terganggu dan menimbulkan rasa sakit
- Superficial thrombophlebitis adalah keradangan yang timbul dibawah kulit apabila terdapat darah beku
- Cellulitis merupakan jangkitan kulit
Untuk mengenal pasti penyebab penyakit dan pengubatan yang bersesuaian, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























