Sulit
4 tahun
Kaki kiri kebas 2 hari berterusan
Hi,sy wanita berusia 28tahun.
Sy mengalami kebas di kaki kiri dari malam smlm sehingga hari ini, sebelum ini pernah juga rasa seperti ini tetapi akn cepat hilang…dan sekarang beralarutan,hanya dikaki kiri.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, gejala kebas boleh disebabkan pelbagai perkara seperti:
- Postur duduk yang salah seperti sering menyilang kaki
- Kecederaan pada mana-mana bahagian kaki
- Saraf terhimpit
- Masalah lain yang lebih serius seperti komplikasi penyakit diabetes
Bagi mereka yang berusia muda seperti anda, masalah kebas kaki biasanya tidak serius. Namun jika berlarutan, sila rujuk kepada doktor dengan segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.