
Sulit
4 tahun
Kaki kiri kebas dalam masa yang panjang
Saya wanita 21 tahun, kaki kiri saya kebas tidak surut ,sudah 1 hari ,kenapa ,dan bagaimana ia terjadi ? bagaimana saya hendak merawat nyaa ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda alami iaitu kaki kiri yang kebas. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Duduk yang lama boleh menyebabkan saraf terperangkap dan aliran darah kurang ke kaki, sekaligus menyebabkan kebas.
- Peripheral Artery Disease : terdapat plak yang tersumbat di dalam saluran darah di kaki menyebabkan saluran darah tidak lancar
- Diabetic Neuropathy : kerosakan saraf disebabkan oleh penyakit kencing manis
- Masalah saraf tulang belakang
- Kecederaan di pada kaki
Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala seperti:
- Kebas yang berpanjangan
- Loya dan muntah
- Sakit kaki
- Hilang/gugur bulu di bahagian kaki
- Kekejangan
- Badan tidak boleh seimbang
- Penat dan lesu
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui rawatan yang tepat bagi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih