
Sulit
4 tahun
Kaki sakit berterusan
kaki ibu saya sakit semenjak kemenjak ini. Kaki dia semankin berat semenjak ini. harap dapat membalas.
Terima Kasih.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
A) Kecederaan
Kecederaan pada tumit disebabkan oleh retakan tekanan (dalam tulang buku lali) adalah sebab biasa pada orang dewasa.
B) Terseliuh
Terseliuh (sprains) adalah ketegangan ligament yang disebabkan kecederaan
C) Plantar fasciitis
Plantar fascia adalah rangkaian tisu penghubung yang meluas dari tulang tumit anda ke bebola kaki. Keradangan tisu penghubung ini dipanggil plantar fasciitis.
F) Bursitis
Bursa adalah pelindung yang terduduk di antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan pembengkakan serta sakit segera di tumit.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.