
Sulit
4 tahun
Kaki tangan dan mata terasa kesemutan
Dokter kenapa ketika saya marah, dan saya nangis tepi mata saya akan kesemutan, diikuti dengan mulut saya kaki tangan saya juga kebas dan kesemutan apakah saya kekurangan vitamin dokter mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah kebas tangan atau kesemutan, seperti:
- Kencing manis
- Peripheral artery diseases (masalah dengan pembuluh darah)
- Masalah saraf
- Hipoglisemia (kekurangan gula di dalam badan)
- Masalah tulang belakang
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan masalah sebenar anda tanpa melakukan pemeriksaan dan berdasarkan soalan sahaja. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.