jamilkhir

4 tahun

Kalau sakit tiroid memang perlu buat pembedahan buang kalenjar tiroid ke

Doktor, kalau sakit tiroid memang perlu buat pembedahan buang kalenjar tiroid ke?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Terdapat banyak jenis sakit thyroid yang boleh mengakibatkan lebam di leher. Saya akan becakap mengenai hyperthyroidism (lebih hormone thyroid) kerana ia merupakan punca yang paling kerap.Terdapat 3 pilihan pengurusan untuk lebam leher, bukan hanya pembedahan.

Mereka adalah ubat antithyroid, radioisotope ablation (sinaran radiasi) dan pembedahan
Pilihan rawatan akan ditentui oleh doktor anda and ia bergantung kepada diagnosa, keadaan umum pesakit dan umur.

Tiga ubat utama yang digunakan ialah:

  1. Carbimazole - ubat utama yang digunakan. Ia mengurangkan pengeluaran hormon tiroid.

  2. Prophythiouracil - ubat utama yang digunakan semasa kehamilan kerana ia membawa risiko lebih sedikit kepada bayi. Ubat ini menghalang penukaran hormon tiroid untuk digunakan oleh badan .

    3.Beta-blocker - ubat ini juga menghalang penukaran hormon tiroid untuk digunakan oleh badan.
    Sinaran radiasi adalah penggunaan radio-iodin untuk memusnahkan tisu tiroid. Kesan sampingan ini adalah hypotiroidism dan ia boleh memberi peningkatan risiko kanser (jarang berlaku).

Terdapat 2 jenis utama pembedahan tiroid:

  1. Sub-total thyrodectomy - ia melibatkan mengeluarkan sekitar 8g kelenjar tiroid. Ini dilakukan dengan harapan bahawa tisu tiroid yang ditinggalkan akan dapat memulihkan fungsi tiroid normal. Walau bagaimanapun, selalunya tisu ini tidak akan dapat memulihkan fungsi normal. Lebih-lebih lagi, terdapat kemungkinan lebih tinggi sakit thyroid berlaku lagi disebabkan tisu-tisu sisa ini. Oleh kerana sebab-sebab ini, pakar bedah tidak suka membuat pembedahan ini.

  2. Total thyroidectomy - ia melibatkan membuang seluruh kelenjar tiroid.
    Pembedahan kelenjar tiroid dilakukan untuk kosmetik, kanser, kegagalan ubat anti-tiroid dan pemampatan struktur berdekatan

Komplikasi yang mungkin berlaku semasa pembedahan termasuklah :

  1. Kecederaan kepada saraf sekitarnya. Terdapat 2 saraf penting berhampiran kelenjar tiroid; “superior laryngeal nerve” dan “recurrent laryngeal nerve”. Sebaik sahaja cedera, “superior laryngeal nerve” akan menghasilkan suara rendah/kasar dan “recurrent laryngeal nerve” akan menghasilkan suara serak.
  2. Pendarahan. Ini kerana tiroid adalah organ yang sangat vaskular, bermakna ia mempunyai banyak saluran darah.
  3. Pembentukan “hematoma” (pengumpulan darah di luar saluran darah) - pesakit akan mengalami sesak nafas. Ini berlaku kerana mampatan di sekitar leher.
    Walau bagaimanapun, semua komplikasi ini boleh dielakkan atau dikurangkan melalui penyediaan yang betul sebelum pembedahan yang akan dilakukan oleh doktor anda.

Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)