BradPitt

5 tahun

Kalenjar leher anak bengkak

Anak 7tahun bengkak kalenjar leher…tiada urti…gigi berlubang dibahagian kalenjar…ukuran 2x1cm…anak aktif dan selera makan ok…

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Terima kasih di atas persoalan anda. Benjolan kecil pada bahagian leher merupakan sebuah gejala yang tidak khusus bertumpu kepada satu-satu diagnosis. Terdapat pelbagai faktor yang dapat menyebabkan benjolan berlaku pada bahagian leher.

Kebanyakan kanak-kanak yang mempunyai benjolan kecil pada bahagian leher berpunca daripada jangkitan bakteria yang akan menyebabkan batuk-batuk dan sakit tekak seperti tonsilitis. Namun biasanya keadaan ini akan datang bersama pengeluaran kahak, boleh juga menjadi demam serta berkurangan selera makan.

Kawasan gigi yang berlubang akan menyebabkan makanan berkumpul sedikit demi sedikit sehingga ianya menjadi banyak. Gumpalan-gumpalan makanan ini akan menggalakkan bakteria untuk bertumpu pada bahagian gigi ini. Disebabkan gigi sudah berlubang, maka bakteria mempunyai laluan terus untuk memasuki tubuh badan dan boleh menyebabkan kondisi yang dikenali sebagai tooth abscess. Tooth abcess ini jika tersebar akan menyebabkan kelenjar-kelenjar limfa berhampiran membengkak kerana ianya bertindak dengan menapis bakteria-bakteria ini daripada terus tersebar ke seluruh badan.

Untuk mendapatkan rawatan, saya cadangkan supaya anda rujuk perkara ini kepada seorang doktor gigi.

Hai, terima kasih atas soalan tersebut. Saya pasti anda merasa risau mengenai masalah bengkak pada kelenjar leher anak anda. Aktif dan mempunyai selera makan yang baik adalah satu petanda yang baik.

Terdapat banyak perkara yang perlu di ambil kira untuk mengetahui punca bengkak pada kalenjar leher. Doktor perlu mengetahui tempoh masa bengkak tersebut telah berlaku, adakah ia semakin membesar, atau disertai dengan demam. Pemeriksaan pada kawasan leher yang bengkak, kawasan sekitar leher dan bahagian kalenjar yang lain seperti di ketiak juga adalah perlu.

Antara punca bengkak pada kalenjar leher bagi kanak-kanak adalah jangkitan kuman seperti penyakit campak, cacar air atau beguk. Dalam kes anak anda, seperti yang dinyatakan mempunyai masalah gigi berlubang berdekatan bahagian kalenjar tersebut. Jadi, kemungkinan besar kuman dari gigi yang berlubang telah merebak ke bahagian kalenjar tersebut menyebabkan bengkak.

Rawatan yang disarankan adalah dengan berjumpa doktor gigi bagi merawat gigi yang berlubang supaya jangkitan tersebut tidak melarat. Doktor gigi juga boleh memberi priskipsi antibiotik sekiranya perlu bagi menyurutkan bengkak tersebut.

Anda dinasihatkan agar kerap memantau perkembangan anak anda. Sekiranya terdapat tanda-tanda yang membimbangkan, bawa anda anda berjumpa doktor dengan kadar segera.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)