
Sulit
3 tahun
Kanak berumur 6 tahun kerap kencing
Salam hai doktor, adik perempuan sy berumur 6 tahun kerap kencing dlm 2 hari lepas sampai skg. 3-4 minit akan masuk ke tandas utk kencing tp tidak rasa sakit apapa dan dia tidak ada kena jangkitan kuman sblm ni, tiada sakit apapa ianya secara tiba2. Blh bgtau penyebabnya doktor? Sy risau dah sampai dia naik penat asyik ke tandas

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Menurut penerangan anda, kami memahami adik anda yang berusia 6 tahun mengalami masalah kencing, iaitu adik anda kerap kencing sejak 2 hari lepas. Kami akan cuba membantu anda.
Oleh kerana maklumat yang diberikan oleh anda adalah terlalu ringkas, kami tidak dapat memberikan anda jawapan yang tepat mengenai punca masalah adik anda. Maka, kami akan menjawab soalan anda secara umum.
Masalah kencing kerap dalam golongan kanak-kanak boleh disebabkan oleh :
- Pengambilan air yang banyak
- Type 1 Diabetes Mellitus
- Masalah pada struktur pundi kencing
- Penyakit kencing kotor
- Stres/Anxiety
- Hydronephrosis
Ini adalah secara umum mengenai punca yang boleh menyebabkan masalah adik anda. Untuk mendapatkan diagnosis yang tepatm sila rujuk kepada doktor kanak-kanak. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor pakar kanak-kanak kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.