
Sulit
5 tahun
Kanak kanak demam panas
Kanak2 berumur 6 tahun demam bermula mlm smlm… sihat di siang hari dan mula demam kembali jam 5 ptg td dgn suhu atas 39.
Makan PCM kids 250 pd pukul 5 ptg sbyk 6ml.
Skrg suhu 39.9
Berapa jarak masa untuk mkn ubat yg sesuai?
Kiranya demam masih berlarutan, perlukan di bw ke hospital atau cukup klinik shj?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, jarak pengambilan PCM atau paracetamol biasanya adalah 8 jam setiap dos. Namun begitu, sila lihat botol ubat bagi arahan yang lebih jelas.
Demam yang berlarutan bagi kanak-kanak terutamanya yang tidak kebah selepas makan ubat perlu dirujuk kembali kepada doktor. Sekiranya anak anda kelihatan sangat lemah, tidak makan dan minum, tidak aktif atau menunjukkan tanda-tanda membimbangkan, sila bawa ke hospital dengan segera. Namun jika tiada tanda-tanda ini, anda boleh merujuk anak anda ke klinik terdekat, sekiranya perlu akan dirujuk sendiri oleh doktor ke hospital.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.