
Anonymous
5 tahun
Kandungan gugur 5 minggu
Salam sejahtera, sy mengalami keguguran lengkap sewaktu kandungan 5 minggu. Normalkah pendarahan yg berlaku dlm masa 3-4 hari shj? Setelah keguguran, haid sy tidak dtg selama 2 bulan hingga sekarang…sy cuba buat test dan result positif…adakah keadaan ini merbahaya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan selepas keguguran berbeza-beza mengikut umur kandungan serta saiznya. Sekiranya pendarahan telah selesai selepas 3-4 hari, maka anda tidak perlu risau. Ketiadaan haid selama 2 bulan disertai dengan keputusan kehamilan positif mungkin bermaksud anda:
- Hamil
- Kehamilan ektopik
- Penyakit trofoblast
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.