
Anonymous
5 tahun
Kandungan no heartbeat detect
Saya wanita 34tahun…Last period 8/5/2018… Kputusan ujian air kencing positif…Smlm scan sptutnya kandungan berusia 9mggu tapi dktr sahkan no heartbeat detect & bgtwu kandungan xmnjadi… Dktr bg tmpoh 2mggu utk turun sndri…Jika tidak br masuk turn utk cuci…Mslh sy xde bleeding or rase ape2…Adakah ia akan turun sendiri?Jika tidak ada x cara lain yang boleh membantu untuk ia turun sendiri …Sebab scan hnya kantung je janin kecik sgt xnmpk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami bersimpati dengan keadaan yang menimpa anda. Untuk makluman anda, biasanya bagi kandungan yang tidak menjadi atau keguguran, ia akan keluar dengan sendiri selepas beberapa hari, sememangnya terdapat beberapa keadaan keguguran yang tidak menyebabkan pendarahan pada mulanya dan hanya berlaku selepas beberapa hari.
Anda tidak dinasihatkan untuk melakukan sebarang kaedah lain tanpa nasihat doktor kerana jika kandungan anda tidak turun dengan sendiri, doktor akan melakukan prosedur D&C (Dilation and Currettege) bagi membantu membersihkan rahim anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.