
Sulit
3 tahun
Kandungan pertama keguguran,, kandungan kedua ini baru masuk 2 bulan dan ada sedikit pendarahan
Sy 26thn baru mengalami keguguran pada bulan Mac yang lepas… Skrg june sy disahkan hamil 2 bulan… Minggu lepas sy scan ada nampak denyutan jantung baby, semalam ada berlaku sndikit pendarahan dalam 2 titik dan sy terus ke klinik untuk scan baby. Dr maklumkan tiada denyutan jantung. Dan saiz baby lebih kecil daripada saiz yg sy scan minggu lepas… Ada kah sy keguguran? Sy dah tiada pendarahan…darah hanya keluar semalam sahaja itu pun sgt sedikit… Tiada peluang ke untuk selamat.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang perdarahan yang berlaku tempoh hari, dan ingin mengetahui sekiranya ia berhubungkait dengan risiko keguguran. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala perdarahan sepanjang proses kehamilan (tidak kira jumlahnya) merupakan sesuatu yang tidak normal. Ia boleh disebabkan oleh:
- jangkitan saluran kencing
- trauma pada kelamin
Namun begitu, ia juga boleh menandakan perkara yang lebih serius seperti:
- kemungkinan gugur ( threatened miscarriage )
- keguguran
Oleh itu, anda amat disarankan untuk segera merujuk ke hospital yang terdekat bagi mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut untuk mengetahui keadaan sebenar kandungan anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.