aiaisyahtiqah37
5 tahun
Kanser otak tanda awal
Saya berumur 16 tahun jadi saya nak tanya jika kita ade rasa kebas kat kepala adakah itu salah satu punca kanser otak . Saya sudah beberapa hari rasa sakit kepala di kepala saya dan rasa kebas . Dan penglihatan mata saya jadi sakit dan apabila saya duduk saya rasa tak seimbang
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara dan terbahagi kepada dua iaitu primer atau sekunder.
Sakit kepala primer merangkumi migrain, sakit kepala cluster, dan sakit kepala ketegangan. Sakit kepala ketegangan (tension type headache) adalah bentuk sakit kepala utama yang paling biasa.
Sakit kepala sekunder pula adalah simtom yang berlaku apabila keadaan lain merangsang saraf yang sensitif terhadap kepalanya. Pelbagai faktor yang berbeza boleh menyebabkan sakit kepala sekunder termasuk:
- sakit gigi
- influenza
- dehidrasi
- pendarahan di dalam atau di sekeliling otak
- keracunan karbon monoksida
- glaukoma
- barah otak
Merujuk kepada keluhan anda, seandainya gejala yang anda alami seperti sakit kepala, sensitif bunyi bising, sensitif cahaya, dan lain-lain terjadi, ia memerlukan pengubatan tambahan yang boleh diberikan oleh doktor. Pengubatan dengan panadol sahaja mungkin tidak mencukupi untuk mengatasi keluhan anda.
Justeru, adalah digalakkan untuk merujuk doktor gejala anda ini supaya dapat diubati dan agar tidak menganggu kehidupan seharian, lebih-lebih lagi apabila di usia ini, anda perlu fokus belajar. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































