
Sulit
4 tahun
Kanser usus atau mind set
Saya wanita berumur 25tahun, ibu saya baru sahaja meninggal dunia disebabkan sakit kanser usus. Dapat tahu masa stage4 dan 6bulan selepas itu ibu pergi. Selepas saya tahu arwah ibu disahkan menghidap kanser usus. Saya pula kerap rasa nak membuang. Tapi stiap kali ke tandas ada msti najis. Sehari dlm 3kali ke tandas, tapi tidak hari2, seminggu dalam 3atau4 hari akan jadi macamtu. Sebelum ini saya membuang dlm 2hari sekali mcmtu je. Ataupun shari sekali. Berat tidak turun. Selera makan ada macam biasa. Warna najis coklat. Tidak ada nampak pendarahan. Saya cuma risau sbb saya membuang lebih daripada sekali sehari.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, kekerapan membuang air besar adalah berbeza mengikut setiap individu. Akan tetapi, secara puratanya, manusia membuang air besar dalam kekerapan 3-4 kali seminggu. Ada juga yang mempunyai kekerapan membuang setiap hari.
Berkenaan soalan anda tentang kanser usus, terdapat beberapa simptom kanser usus yang perlu anda kenalpasti seperti:
- perubahan dalam pergerakan usus seperti cirit birit atau sembelit
- satu perasaan bahawa usus tidak dikosongkan sepenuhnya selepas membuang air besar (rectal tenesemus)
- darah dalam najis yang menjadikan najis anda kelihatan hitam (malaena)
- darah berwarna merah cerah yang datang dari rectum
- sakit perut dan kembung perut
- perasaan kenyang di dalam perut, walaupun tidak makan untuk seketika.
- keletihan
- kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
- satu benjolan di bahagian perut atau bahagian belakang yang dirasai oleh doktor
- kekurangan zat besi yang tidak dapat dijelaskan pada lelaki, atau wanita selepas menopaus
- kebanyakan gejala ini mungkin juga menunjukkan penyakit lain selain barah usus. Adalah penting untuk berjumpa doktor sekiranya gejala berterusan selama 4 minggu atau lebih.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah anda hari ini.