
Sulit
4 tahun
Kantung baby masih berada dalam rahim
Sy bru lps keguguran esok sy ade scan perut utk gastrik, sy nk tanye janin / kantung bby masih berada dlm rahim atau dh keluar sepenuhnya ? Sy takut masa scan nanti nmpak semuanya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, sekiranya keguguran berlaku dan prosedur pembuangan kantung telah dilakukan, kebiasaannya kantung tersebut tidak akan dijumpai semasa scan dilakukan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.