
Sulit
3 tahun
Kantung baby terlalu awal tetapi upt negatif
Period lewat lebih sebulan. Period last 29/7. Sebelum ni, selalu periood mai, mesti ada sakit senggugut… Tetapi kali ini tak ada sakit senggugut… Tadi pergi scan rahim. Nampak kantung baby tetapi kecil. So pergi check upt dpt negatif. Apa saya buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, imbasan ultrasound bukanlah untuk memberi kepastian tentang kehamilan. Doktor perlu mengambil kira kadar HCG dalam darah, jika wujud kantung rahim serta tahap HCG tinggi maka wanita tersebut hamil. Sepertimana dalam situasi anda pula ultrasound terdapat kantung rahim tetapi UPT negatif.
Kami sarankan agar perkara ini dirujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Anda juga perlu patuh akan temujanji dengan pakar O&G atau klinik kesihatan ibu dan anak berdekatan bagi memastikan kandungan anda sihat.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.