
Sulit
5 tahun
Kantung Mata Membesar (bahagian bawah Kiri)
Saya mengalamai pembesaran bawah kantung mata yang lama tidak sembuh-sembuh sekiranya nya saya lewat tidur memang akan lebih besar tetapi sebelum ini pun saya sering tidur lewat. Kantung mata bawah saya yg sebelah sahaja yg membesar. Sudahpun mendapatkan ubat titik mata tetapi masih juga tidak hilang. Saya takut saya mengalami masalah penyakit yang lain.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman (orbital cellulitis)
- trauma
- ketumbuhan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.