
Anonymous
5 tahun
Kawan cakap sy despress
sy umur 27…owner company sendiri…sy kerap rasa sedih tiba2…marah secara tiba2.kadang2 sy rasa jiwa sy kosong…sy rasa orang semua benci sy.marahkan sy

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Depresi ataupun tekanan merupakan diagnosis medikal. Hal ini bererti untuk seseorang itu mendapat diagnosis ini, mereka perlu menjalani pemeriksaan oleh pakar psikiatri. Namun begitu, terdapat beberapa gejala tekanan yang perlu diketahui seperti:
- Hilang minat dalam kebanyakan perkara
- Mood rendah melebihi 2 minggu
- kekurangan tenaga walaupun cukup makan dan tidur
- Tidur tidak mencukupi dan sering bangun awal dari waktu kebiasaan
- Perasaan bersalah
- Perasaan ingin bunuh diri
Selain itu, terdapat kondisi lain juga yang menyerupai tekanan seperti stres, keseorangan (“emptiness”), kesedihan (disebabkan kematian dan sebagainya) serta penyakit seperti tiroid dan Cushing. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.