
akutetapaku0502
5 tahun
Kawasan tempat kerja ada jangkitan
kadang² saya rasa sesak nafas,tekak kering
saya perlu check?

5 tahun
Salam sejahtera!
Terima kasih untuk soalan yang telah anda ajukan. Berdasarkan keterangan yang telah anda berikan, anda mengalami masalah sesak nafas dan tekak kering. Oleh itu, anda digalakkan untuk mengambil kuiz ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, simptom-simptom batuk dan sesak nafas boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain seperti virus influenza
- Asthma
- Radang tonsil
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal). Anda boleh berhubung dengan kami untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia melalui link berikut: https://www.doctoroncall.com.my/coronavirus
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di lawan sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih dan semoga cepat sembuh
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini