
Sulit
3 tahun
Kebas bahagian muka dan kepala
Saya remaja berumur 24. Saya pesakit tyroid. Sejak kebelakangan ni selalu terasa kebas bahagian muka dan kepala sering sakit sakit tubuh badan. Adakah ia ada kaitan dengan tyroid yang sedia ada tau penyakit lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah kebas bahagian muka dan sering sakit tubuh badan. Anda ingin mengetahui jika masalah ini berkaitan dengan penyakit tiroid yang sedang dihidapi. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk memerikan penerangan tentang perkara ini.
Penyakit tiroid terbahagi kepada hyperthyroidsm dan hypothyroidism. Simptom-simptom untuk penyakit berkaitan hyperthyroidsim adalah:
- Anxiety
- Insomnia
- Turun berat badan
- Bengkak pada leher
- Kelemahan otot
- Haid tidak teratur
- Masalah penglihatan
Manakala simptom-simptom untuk penyakit berkaitan hypothyroidism adalah:
- Keletihan
- Tambah berat badan
- Mudah lupa
- Haid yang berat
- Kulit dan rambut yang kering
- Suara yang kasar
Simptom kebas pada muka dan sakit tubuh badan sering dikaitkan dengan penyakit berkaitan saraf. Namun, untuk mendapatkan kepastian, anda disarankan untuk berbincang dengan doktor mengenainya.
Saya berharap maklumat diatas dapat membantu anda dan jika anda ingin berbincang dengan doktor kami untuk pertanyaan yang lanjut, anda boleh menghubunginya secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.