
hidifavat
5 tahun
Kebas kaki/lemah lutut
Saya remaja lelaki berusia 17 tahun, sebelum ini berat saya 146.6KG sekarang saya 112KG walaupun saya sudah turunkan berat tapi saya tidak mampu untuk berdiri/berjalan dengan betul,bahkan ketika berjalan kaki saya kebas…adakah ini disebabkan senaman yang saya lakukan atau penyakit yang lain?..

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kecederaan lutut yang berpanjangan kerana bebanan lutut dengan berat tersebut.
- Sakit belakang angkara (boleh disebabkan oleh senaman atau aktiviti angkat berat)
- Komplikasi daripada sakit kencing manis yang belum dikesan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.