
Sulit
4 tahun
Kebas kaki petanda apa?
Kaki saya selalu sejuk dan sering kebas. Kadang kala apabila saya bangun dari tidur, saya tak dapat rasa kaki saya sendiri even kalau saya pegang atau ketuk2 kaki saya. Sampai satu tahap saya tak boleh untuk berjalan sebab kaki saya terlalu lemah atau dengan kata lain saya terasa macam tiada kaki. Apakah ini satu simptom yang bahaya?
Pernah suatu hari saya bangun dari tidur dan kemudian kakak saya meminta saya untuk bangun kerana dia hendak keluar rumah, tiba-tiba saya terasa kaki saya kebas namun disebabkan saya ingin celat untuk bangun untuk kunci pintu rumah, saya terus bangun tanpa menghiraukan kaki saya. Sejurus selepas saya cuba bangun untuk berdiri, saya terus terjatuh terduduk di atas lantai umpama kaki saya tak function.
Saya pernah cuba untuk mencari di internet tentang kebas dan kebabyakkannya menyatakan bahawa kebas ini ada kaitan dengan saraf periferi kalau x silap. Jadi apakah sarah saya ini bermasalah atau ianya adalah normal?
Mohon jawab. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, kaki kebas yang terjadi berulang dan tidak menetap seperti yang anda alami boleh terjadi disebabkan oleh beberpa hal seperti:
- Apabila sesetengah saraf tertekan akibat duduk atau berbaring terlalu lama di satu posisi
- Penyakit arteri perifer yaitu suatu keadaan yang mana saluran darah tersumbat atau mengecil akibat obesiti, tekanan darah tinggi, merokok dan kolesterol tinggi.
- Sciatica iaitu apabila seurat saraf yang berjalan dari tulang belakang ke sepanjang kaki tertekan
- Kesan diabetes atau kencing manis yang mana gula darah yang tinggi boleh merosakkan sel saraf
- Multiple sclerosis adalah sejenis penyakit autoimun yang mana sistem pertahanan tubuh menyerang diri sendiri
Harus diketahui bahawa untuk mendiagnosis masalah seperti ini memerlukan anda merujuk doktor agar dapat dikaji lanjut tentang riwayat kesihatan anda serta dapat dilakukan pemeriksaan lanjutan sesuai dengan keluhan anda.
Bagaimanapun, untuk mendapatkan tahu punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.