
Sulit
4 tahun
Kebas kaki yang sering berlaku
Saya seorang wanita berumur 19 tahun. Saya sering menghadapi kebas pada bahagian kaki selalunya. Kaki saya juga sering berada dalam keadan sejuk tidak kira walau macam mana panas suasana pada ketika itu. Kadang kala, apabila saya baru bangun daripada tidur saya tidak dapat merasa kaki saya sendiri Walaupun saya telah tekan-tekan kaki saya namun saya tetap tak terasa sakit untuk beberapa saat. Sampai satu tahap apabila saya cuba untuk bangun, saya terus terjatuh terduduk seolah olah kaki saya tiada. Apakah punca masalah saya ini? Adakah saya mengalami masalah saraf? Adakah ini terlalu serius?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Postur anda semasa duduk seperti bersilang kaki terlalu lama
- Pakaian yang terlalu ketat
- Kecederaan yang menjejaskan sistem saraf di kaki
- Penyakit kencing manis
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Tarsal tunnel syndrome (Tekanan saraf oleh struktur sekeliling)
- Penyakit saluran darah di kaki
- Fibromyalgia
- Multiple sclerosis
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.