
Sulit
4 tahun
Kebas-kebas badan dan rasa kepala hendak pitam serta lesu tubuh badan
Saya lelaki berumur 47thn…sehari dua ni tubuh badan saya berasa kebas2 dan kadang rasa penin dan nak pitam

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kekurangan vitamin
- Kekurangan sel darah merah (Anemia)
- Kencing manis
- Dehidrasi
- Tekanan darah rendah
- Kurang gula dalam darah
- Strok
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, punca masalah dan maklumat tambahan perlu diperolehi. Oleh itu anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih teliti tentang kesihatan anda.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.