Sulit
3 tahun
Kebas-kebas bahagian pinggang Kiri sampai paha
Saya rasa kebas² bahagian pinggang sampai paha apa kah tu penyakit pinggang atau batu karang saya sering tahan kencing dan kurang minum air.Tapi say tak rasa sakit …saya tak selesa dengan kebas² di bahagian pinggang sampai ke paha
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kebas daripada bahagian pinggang ke peha boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hypoglycemia yaitu kurang gula dalam darah
- Stroke yaitu apabila bahagian otak yang terkena tidak mendapat oksigen
- Migraine sejenis sakit kepala
- Multiple sclerosis yaitu masalah sistem saraf pusat yang mana apabila signal tidak dapat disalurkan dengan benar
- Malnutrisi atau kurang vitamin sehingga menganggu pertumbuhan dan perkembangan sel tubuh
- masalah saraf
Kebarangkalian ia disebabkan oleh batu karang ialah rendah kerana selalunya, penyakit ini akan menyebabkan gejala sakit pada bahagian pinggang yang amat teruk.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.