
Sulit
4 tahun
Kebas/lenguh di kaki dan tangan
Salam . Saya nur berumur 19 tahun. Saya nak tanya, kenapa saya sering kebas macam lenguh gitu di tangan serta kaki . Tempat tak tentu kadang di kaki kadang di jari tangan . Dan kadangkala rasa sakit seperti dicucuk . Rasa sakit ni tak kira masa kalau dia nak sakit die sakit . Lagi satu apabila saya kene hujan atau cuaca sejuk kaki atau tangan saya pasti akan berasa lenguh kebas . Apakah puncanya ya? Dan kenapa?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kebas anggota badan ini boleh disebabkan:
- Kurang kalsium/potassium atau vitamin B dalam diet
- Fenomena Raynaud - dimana saluran darah mengecil saiznya apabila keadaan menjadi sejuk. Hal ini boleh menyebabkan aliran darah terganggu pada tangan, kaki dan urat saraf
- Penyakit Multiple Sclerosis - jarang mengenai orang Malaysia
- Anemia (kurang sel darah merah)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.