
Sulit
4 tahun
Kebas pipi kiri lepas cabut gigi
Assalam doktor…
Saya ke klinik gigi tahun lepas utk cabut gigi geraham belakang skali sebelah kiri…selepas 2 3 hari…pipi saya jadi kebas sampai mata…kebas pipi tak hilang sampai sekarang dan ia jarang2 berlaku…
Adakah masalah saya ini kronik??saya agak risau juga…mohon pencerahan dari doktor…
Tq doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kesan bius yang berpanjangan
- Kerosakan pada saraf sekitar gigi
- Ketumbuhan/masalah otak atau saraf tunjang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.