
Sulit
4 tahun
Kebas seluruh anggota badan
Saya berumur 24 tahun. Saya sering mengalami kebas dibahagian kaki, tangan, muka dan pernah mengalami kebas pada seluruh anggota badan. Saya mengalami kebas pada bhgian kaki apabila duduk bersila terlalu lama sejak sekolah rendah dan mengangap ianya perkara biasa. Kemudian, semasa sekolah menengah, saya sering menghadapi kekejangan pada bahagian kaki dan mengangapnya adalah kesan daripada saya(atlet) bermain sukan, wlaubgaimanapun, saya juga turut menyedari kebas pda bhgian kaki saya apbila duduk bersila semakin teruk apabila saya tidak boleh duduk bersila dalam waktu yg singkat. Namun, bukan sekadar posisi bersila, tidak kira posisi duduk diatas lantai juga memberi kesan kebas terlalu cepat menyebabkan saya menghadapi kesukaran untuk berdiri setelah bangun dari posisi duduk (lantai). Semasa umur saya berganjak ke 20-an, kebas yg saya alami bukan sekadar pada kaki, malah pada lengan kemudian muka serta ke seluruh badan. Saya sekarang tidak boleh duduk diatas kerusi terlalu lama (waktu kuliah) kerana cepat merasa kebas dibhgian kaki. Kebas dibahagian tangan dan muka mula dirasakan ketika saya melakukan tugasan belajar secara duduk dihadapan komputer dan ianya lebih parah apabila saya stay up melakukan kerja (kebas boleh menyerang keseluruh anggota badan). Kini, saya sudah habis belajar, namun saya masih lagi mengalami kebas secara mengejut tidak mengira masa ataupun punca. Hari ini (1/9/19), saya sudah beberapa hari mengalami kebas pada bhgian tangan kiri (bukan tangan dominasi) secara mengejut tanpa punca. Adakah ini perkara normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, istilah kebas dan kejang perlu dibezakan kerana kedua-dua gejala ini mempunyai faktor berlainan sebagai penyebab. Kekejangan boleh disebabkan akibat kurang potassium atau kalsium dalam diet. Kekebasan pula boleh disebabkan kurang vitamin B, kurang aliran darah atau anemia ataupun faktor penyakit saraf seperti Multiple Sclerosis.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.