
Sulit
4 tahun
Kebas tangan dan hidung tersumbat
Doktor saya wanita berusia 29 tahun… Saya mengalami simptom ini setiap hari telah hampir 7 bulan
-kebas tangan kiri dan kaki sakit
-hidung tersumbat spnjang masa
-tekak rasa tak selesa
-dada sakit ketika berehat
-jantung berdegup laju dan kuat
-pening
-telinga kadang rasa gatal
Ujian yg telah saya lakukan cek darah, ambil darah tyroid dan ecg… Semua normal dan apa pndpt dr apa yg sya hadapi ni ada tak pmeriksaan lain sya pelu lakukan…sbb hampir 7 blan smptom ni sya lalui

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Melihat kepada segenap gejala yang anda alami, maklumat lanjut dan pemeriksaan yang teliti adalah diperlukan untuk mengetahui samada gejala tersebut saling berkaitan ataupun tidak. Secara umum, masalah kebas tangan dan kaki boleh disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan seperti kencing manis, masalah saraf, ganglion cyst, kekurangan vitamin, dan toksin. Masalah hidung tersumbat perlu ditangani dengan segera sekiranya ia menyebabkan anda mengalami kesukaran bernafas. Untuk mengetahui rawatan yang tepat, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu.
Anda dinasihatkan untuk merujuk kembali perkara ini dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Pemeriksaan yang perlu dijalankan untuk menentukan diagnosis tidak terikat kepada pemeriksaan lab sahaja, malah, pemeriksaan fizikal dan maklumat daripada pertanyaan yang diajukan oleh doktor kepada anda turut mempunyai tujuan tertentu. Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih