Anonymous
3 tahun
Kebas tangan dan kaki sebelah kiri
Sy ibu 3orng anak.umur 28tahun.baru2 sy kerap kebas tangan.smpaiakn nak angkat barang lama2 pon mudah lenguh.kadang2 semasa tido pun sy mengalami kebas y teruk juga mcm.klu pegang hp lagi cepat kebas tu dtg.
Manakala kaki plok dari lutut smpai ke kaki sy selalu rase kebas dah sakit mencucuk2.adakah saya berkemungkinan mudah mendapat strock kecil??apakah rawatan y boleh hilngkan kebas2 ni
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kebas tangan kiri ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- komplikasi kencing manis (diabetic neuropathy)
- trauma atau kecederaan pada tangan atau tulang belakang (Vertebrae)
- tekanan kepada saraf tangan kiri (lazim jika tertindih tangan atau menulis terlalu lama)
- carpal tunnel syndrome
- strok
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.