
Sulit
4 tahun
Kebas tangan dan muka sebelah kanana
Sy lelaki berumur 34 tahun,dan sy sering mengalami gejala kebas tangan sebelah kanan,dan baru-baru ini sy mengalami gejala kebas tangan sebelah kanan dan muka sebelah kanan…apakah simptom atau gejala yg sedang sy alami sekarang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kebas tangan dan muka.
Melihat kepada keterangan yang anda berikan, terdapat beberapa sebab berlakunya kebas seperti:
- Tanda awal strok
- Kerosakan sistem saraf
- Pendarahan pada otak yang boleh disebabkan oleh kecederaan ataupun disebabkan oleh kembungan salur darah ( Cerebral Aneurysm )
- Keradangan pada otak
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak. Anda akan rasa sakit kepala seperti migrain
- Masalah sistem pengsarafan otak seperti Multiple sclerosis
- Penyakit darah tinggi atau jantung yang boleh menggangu aliran darah ke otak
- Gangguan aliran darah ke otak seperti darah berketul yang tersekat.
- Penyakit sel darah seperti Anemia
- Masalah metabolisma badan
- Brain ischemia yang disebabkan oleh aliran darah yang tidak cukup ke otak. Ini adalah berkait dengan penyakit strok dan pendarahan.
- Penyakit kencing manis
- Kanser otak.
Saya amat menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui keadaan sebenar anda. Gejala kebas mungkin boleh membawa kepada penyakit yang serius.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah kebas.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.