deepwall21
3 tahun
Kebas Tangan Kanan & Kaki Tangan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya Aliaa umur 26tahun dan bekerja di syarikat swasta sebagai admin selama setahun stgh baru.
Saya sekarang mengalami kebas di bahagian bicep hingga ke jari tangan dan bahagian kaki kanan juga saya terasa kebas.
Kebas saya alami sekarang menyukarkan saya untuk membuat kerja di pejabat.
Kaki saya pun sama cepat kebas,bila saya nak silang kaki kanan akan cepat terasa kebas.Dan sukar untuk saya tidur.
Apa masalahnya ye?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca kebas tangan :
-Carpal Tunnel Syndome
-Carpal Tunnel Syndrome adalah satu keadaan dimana berlaku tekanan kepada saraf Median (‘Median Nerve’) di pergelangan tangan seseorang.
-Neuropati Diabetes
-Kebas atau kesemutan di kaki adalah gejala pertama bagi kebanyakan pesakit dengan kerosakan saraf daripada diabete Hal ini juga boleh menjadi punca rabun dekat semakin serius.
-Hyperthyroidism
-Hipertiroidisme kebanyakan disebabkan oleh penyakit Graves, yaitu suatu kondisi yang terjadi akibat kelainan sistem autoimun yang menyerang tubuh dan meningkatkan produksi hormon tiroksin pada kelenjar tiroid.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.