Sulit
3 tahun
Kebas tangan, sakit tapak kaki dan kerap sendawa
saya wanita berumur 36tahun,saya mempunyai masalah kebas tangan disebelah kiri sejak 3hari yang lepas,selain itu tapak kaki saya juga sakit setiap kali saya berdiri dan dalam masa yang sama saya sering sendawa tidak kira masa.Apa yang patut saya lakukan doctor?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kebas tangan yang anda alami boleh disebabkan:
Diabetes
Carpal Tunnel Syndrome - apabila saraf tangan dihimpit struktur sekitar pergelangan tangan
Aliran darah yang tidak mencukupi
Trauma - pada siku atau pergelangan tangan
Masalah neurologi seperti Multiple Sclerosis, Sindrom Guillain-Barre
Gejala awal strok
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera bagi memastikan diagnosis yang tepat dan awal dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.