syahida.munira
4 tahun
Keberkesanan Postinor 2
Hi doc, sy ingin bertanya mengenai keberkesanan pengambilan postinor.
Sy datang haid pd 18mei-22mei. Kemudian sy didatangi haid sekali lg pd 1jun-6jun. Dan sy bersama dn suami pd 8jun, dan mengambil tablet pertama postinor 2 pd 9jun, dan tablet kedua 12jam selepas pengambilan tablet pertama. Sehingga hari ini, sy tidak didatangi haid. Adakah kebarangkalian sy hamil?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
- Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan sahaja. Postinor-2 tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
- Dianggarkan bahawa Postinor-2 akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
- Tidak diketahui sama ada Postinor-2 berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Bagi menjawab masalah cik, jika kitaran haid cik ialah pada setiap 28-30 hari maka keberangkalian cik hamil adalah tipis kerana sepatutnya jika mengikut kiraan haid cik akan datang dalam masa lebih kurang seminggu lagi.
Sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian jika mempunya sebarang keraguan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih