Sulit
5 tahun
Kebimbangan Mengenai Simptom Coronavirus COVID19
Saya Lelaki berumur 30 tahun. Tiada sebarang rekod perjalanan ke luar negara. Namun terdapat 1 kes confirmed Covid19 di kawasan saya dan sebuah pasaraya di kawasan saya ditutup untuk proses nyahkuman. Saya telah pergi ke pasaraya terbabit utk membeli barang keperluan pada 17hb Mac 2020. Buat masa ini saya ada sedikit sakit pada tekak namun tidaj pasti sama ada kerana cuaca atau pun bukan. Bagaimana saya boleh memastikan saya bebas dari virus ini.
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan yang telah anda ajukan. Saya memahami kebimbangan anda. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Masalah sakit tekak juga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan virus/kuman
- radang tonsil
- cuaca panas
- dehidrasi
Keperluan ujian saringan adalah berdasarkan risiko anda. Oleh itu bagi mengenalpasti risiko anda terhadap jangkitan COViD-19, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































